Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, di waktu ia memberi pelajaran kepadanya:
“Hai
anakku, janganlah kamu mempersekutukan Allah, sesungguhnya
mempersekutukan (Allah) adalah benar-benar kezaliman yang besar.” QS.
31:13
Tiada
kata seindah doa dan nasihat yang berguna, Lukmanul Hakim adalah
seorang hamba pilihan Allah, yang dianugerahi banyak hikmah dan rahsia
kehidupan. Pada anaknya Lukmanul Hakim memberi nasihat, yang sarat makna
dan rahsia kehidupan, semuga jadi pegangan.
1. Wahai Anakku yang ku sayangi…
Ketahuilah
sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam, banyak manusia yang
karam di dalamnya. Bila engkau ingin selamat, layarilah lautan itu
dengan sampan yang bernama taqwa, isinya iman dan layarnya adalah
tawakkal kepada Allah SWT.
2. Wahai anakku yang ku sayangi…
Sesungguhnya
orang-orang yang selalu menyediakan dirinya untuk menerima nasihat,
maka dirinya akan mendapat perjuangan dari Allah. Orang yang insaf dan
sedar telah menerima kemuliaaan dari Allah.
3. Wahai anakku yang ku sayangi…
Orang
yang merasa dirinya hina dan rendah diri dalam beribadah dan taat
kepada Allah, maka dia bertawadhu’ kepadaNya. Dia akan lebih taat kepada
Allah dan selalu berusaha menghindari maksiat.
4. Wahai anakku yang ku sayangi…
Seandainya orang tuamu marah kepadamu (kerana kesalahanmu) maka marahnya orang tuamu itu adalah bagaikan pupuk bagi tanaman.
5. Wahai anakku yang ku sayangi…
Jauhkanlah
dirimu dari berhutang kerana sesungguhnya berhutang itu boleh
menjadikan dirimu hina di waktu siang dan gelisah di waktu malam.
6. Wahai anakku yang ku sayangi…
Selalu
berharap kepada Allah tentang segala sesuatu yang menyebabkan dirimu
tidak derhaka kepada Allah. Takutlah kepadaNya dengan sebenar takut,
tentulah engkau akan terlepas sifat putus asa dari rahmat Allah SWT.
7. Wahai anakku yang ku sayangi…
Seorang
pendusta akan lekas hilang air mukanya kerana tidak dipercayai orang
dan seseorang yang telah rosak akhlaknya akan senantiasa melamunkan
perkara yang tidak benar, ketahuilah memindahkan batu besar dari
tempatnya semula itu lebih mudah dari mengembalikan nama baik atau
kehormatan.
8. Wahai anakku yang ku sayangi…
Engkau
telah merasakan betapa berat memindahkan batu itu dan besi yang amat
berat tetapi akan berat lagi dari semua itu, adalah apabila kamu
mempunyai jiran tetangga yang jahat.
9. Wahai anakku yang ku sayangi…
Janganlah
sekali-kali engkau mengirimkan seseorang yang bodoh menjadi utusan.
Jika tidak ada orang yang cerdas dan pintar, sebaiknya dirimu sendiri
yang menjadi utusan.
10. Wahai anakku yang ku sayangi…
Makanlah
makanan bersama orang-orang yang bertakwa dan musyawarahkanlah urusanmu
dengan para alim ulama dengan cara memohon nasihat kepadanya.
No comments:
Post a Comment